Seorang Pejuang Qassam Syahid Semalam.


Isnin, 17/09/07 –
Askar-askar rejim Zionis telah menembak mati seorang pejuang Qassam, Yousef Shaker Al-Asi, 22, di kem pelarian penduduk Palestin Balata, timur bandar Nablus dalam satu serbuan sebelum subuh Ahad lalu.

Sumber tempatan dan saksi-saksi telah mengesahkan Asi dalam perjalanan untuk membangunkan saudara maranya dari tidur untuk bersahur sebelum askar Israel tiba-tiba muncul dan menembaknya bertubi-tubi seterusnya melarikan diri tempat tersebut.

Asi dikejarkan ke hospital di mana dia menjalani beberapa pembedahan, tetapi telah dimaklumkan yang beliau meninggal dunia beberapa minit kemudian, tambah sumber itu.

Pergerakan Hamas berkabung atas kematian Asi dan menyatakan Asi merupakan salah satu daipada kader-kadernya dan mengetuai kumpulan pejuang menghadapi pencerobohan Israel di bandar tersebut. “Dia (Asi) berhadapan dengan mereka (Askar-askar rejim Zionis) dalam satu pertempuran yang hebat sebelum dia gugur syahid” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Hamas dengan salinan telah dihantar ke pejabat PIC.