Kerajaan Norway dikejam Israel


24/9/2004, Oslo (aljazeera)- Duta Besar rejim Zionis Israel di Oslo mengecam kerajaan Norway yang membiarkan replika yang dianggap menghina negara haram Israel dipamerkan di depan bangunan persatuan pekerja Norway di Oslo.


Replika tersebut menyatakan bahawa apa yang berlaku di tanah Palestin adalah usaha rejim Zionis Israel untuk menghapuskan rakyat Palestin dari muka bumi ini. Duta tersebut, Lora Hertzel telah mengirimkan faks ke Majlis Perbandaran Oslo menggesa mereka agar membuang replika tersebut yang dianggap oleh mereka sebagai berpotensi mencetuskan senitmen Anti-Semitik di kalangan rakyat Norway.
(gambar kanan) Replika yang menimbulkan kemarahan Israel

Replika yang diperbuat dari besi itu tertulis padanya: “Ketetapan PBB pada 29/11/1947 dan juga penubuhan negara (baca: HARAM) Israel adalah usaha untuk menghapuskan rakyat Palestin”. Dituliskan juga nama Ariel Sharon dan “Sabra dan Shatil” sebagai memperingati peristiwa penyembelihan rakyat Palestin di Sabra dan Shatila pada 16 September 1982 oleh Sharon. Di samping itu terdapat juga gambar bendera dan lambang dollar Amerika sebagai simbolik sokongan Amerika terhadap usaha jahat rejim Zionis.

Pihak pertubuhan insan seni Norway mendakwa mereka bertanggung jawab membuat dan meletakkan replika tersebut ti tempatnya selepas mendapat izin dari Majlis Perbandaran Oslo. Mereka mendakwa tindakan tersebut tidak bertentangan dengan prinsip kerajaan Norway yang sentiasa komited dalam memperjuangkan hak asasi manusia dan memperjuangkan kebebasan.

Mantan Perdana Menteri Norway, Kerry Woluk pula ketika ditemui oleh wartawan al-Jazeera telah menyokong tindakan tersebut dan mengecam kedutaan rejim Zionis Israel dengan menyindir tindakan mereka melabelkan segala usaha menegakkan kebenaran dalam isu Palestin-Israel sebagai anti-semitik.