Israel Tuduh Syria Pencetus Keganasan.


Selasa, 18/09/07 –
Israel melalui Menteri Hal Ehwal Pesara telah menuduh Syria sebagai penggalak kepada keganasan, tiga hari setelah Damsyik mengumumkan bahawa pesawat gempur Israel telah menceroboh masuk ke ruang udara Syria.

Menteri terbabit berkata sebagai menjawab pertanyaan mengenai pencerobohan ruang udara Syria oleh Israel,”sesiapa yang menyangka Syria bersedia untuk duduk di meja rundingan adalah salah. Tidak mungkin Syria berkata mereka berminat untuk berdamai dan pada masa yang sama mereka memberi galakan ke arah keganasan.”

Kenyataan Itan itu dikeluarkan apabila Farouq Al Syar’, Timbalan Presiden Syria pada masa yang sama berkata, negaranya sedang mengkaji untuk bertindak balas terhadap pencabulan Israel ke atas ruang udaranya di mana ia tidak menolak perkara ini dilakukan dengan kerjasama Amerika Syarikat.

Akhbar Damsyik, Tisyrin hari ini di muka hadapannya mengkritik Amerika Syarikat kerana tidak mengecam pencerobohan Israel ke atas ruang udara Syria.

Akhbar tersebut berkata, “pembisuan Amerika tidak mungkin dapat ditafsir melainkan ianya adalah galakan terbuka dan jelas kepada Israel”. Tambahnya, “mungkin operasi baru itu diselaraskan antara Washington dengan Tel Aviv”. Akhbar tersebut juga mengkritik “pembisuan Arab ekoran isu itu”.