Anggota Knesset Tidak Mahu Tergelincir Ke Arah Peperangan Israel.


Selasa, 18/09/07 – Farouq Al Syar’, Timbalan Presiden Syria telah bertemu angota Knesset Israel berbangsa Arab, Said Nifa’. Nifa’ yang merupakan anggota di dalam Perhimpunan Kebangsaan Demokrasi yang diketuai oleh Azmi Bisharah menegaskan selepas pertemuan itu bahawa Damsyik tidak mahu terjerumus ke dalam kancah peperangan Israel sambil menambah, perkara itu tidak bermakna peperangan tidak akan berlaku.

Nifa’ menyatakan bahawa pencerobohan ruang udara Syria oleh Israel dianggap sebagai provokasi yang mana Syria berhak untuk bertindak balas. Ketika lawatan itu, Nifa’ diiringi oleh delegasi bangsa Arab di Israel yang terdiri daripada ketua-ketua puak Druzz.

Agensi berita Paletin memetik dari bekas ketua tentera, Mosheh Yaklun dalam temuramah di televisyen yang diadakan oleh Rangkaian Sepuluh Israel bahawa, “apabila Syria mengambil keputusan untuk bertindak balas menyerang ruang udara Israel, maka ia tidak akan bertindak balas ke atas Golan, tetapi mungkin dengan pertubuhan Palestin dari Ghaza serta Hizbullah dari selatan Lubnan.”

Yaklun menyifatkan Presiden Syria, Bashar Al Asad sebagai “singa di Lubnan dan arnab di Golan”. Beliau akan merancang untuk berperang, atau sekurang-kurangnya mengekalkan keadaan menjadi tegang. Beliau mesti menggunakan “kroninya” di dalam pertubuhan Palestin dan Hizbullah di selatan Lubnan untuk menyerang kepentingan Israel.