Amerika Sahkan Pencerobohan Israel.


Selasa, 18/09/07 –
Syria telah mengemukakan bantahan rasmi di PBB ke atas pencerobohan ruang udara utaranya oleh Israel. Walaubagaimanapun, Dasmyik di dalam memorandomnya yang diserahkan kepada Setiuasaha Agung PBB, Ban Ki Mun dan kepada Ketua Majlis Keamanan bagi bulan ini, duta Perancis, Jean Moris Riper tidak meminta supaya diambil tindakan ke atas Tel Aviv.

Namun, wakil Syria ke PBB, Bashar Al Ja’fari berkata, negaranya mahu “mengambil perhatian mengenai pencerobohan ke atas ruang udaranya serta tindakan jahat terhadap wilayah Republik Arab Syria itu oleh Israel dengan begitu jelas”.

Tambah beliau, sekiranga masyarakat antarabangsa terus hanya menutup mata terhadap perlakuan Israel itu, maka ia “akan mengundang keamanan kawasan itu kepada bahawa yang mungkin sukar untuk dikawal.”

Wakil Syria ke PBB itu menganggap Israel sebagai “tidak mengetahui undang-undang antarabangsa dan acuh tidak acuh sahaja kepada perjanjian gencatan pertempuran dengan Syria pada tahun 1974.

Syria telah mengumumkan bahawa pihak pertahanan udaranya telah melepaskan tembakan ke arah pesawat gempur Israel yang berlegar di ruang udara timur laut negara itu pada awal pagi Khamis lalu sambil menyatakan, ia mengkaji untuk mengambil tindak balas.

Dalam pada itu, seorang pegawai di kementerian pertahanan Amerika yang enggan mendedahkan namanya berkata, Israel telah melancarkan serangan udara di dalam kawasan Syria pada minggu lepas yang mana ia bertujuan untuk memberi mesej kepada Damsyik supaya tidak lagi membekalkan senjata kepada Hizbullah.