Israel Sudah Bersiap Sedia di Sempadan.


Selasa, 18/09/07 –
Sumber tentera Israel berkata, Israel bersiap sedia di sempadan utaranya dengan Syria dan Lubnan ekoran serangan udara yang telah dilancarkan oleh Israel ke atas Syria minggu lalu.

Rangkaian am televisyen Israel memetik dari sumber tersebut sebagai berkata, “tentera Israel telah bersiap sedia” bagi menghadapi sebarang kemungkinan tanpa memberikan ulasan lanjut.

Seorang pegawai Amerika yang enggan mendedahkan namanya menegaskan di dalam satu kenyataan kepada agensi berita Asushitad Press Rabu lalu bahawa serangan udara Israel itu telah berlaku yang mana pesawat itu telah mensasarkan senjata yang dibekalkan kepada Hizbullah di Lubnan.

Pegawai Amerika itu berkata, serangan udara itu mensasarkan kepada lokasi yang dipercayai Israel bahawa Syria menjadikannya sebagai stor simpanan senjata yang tiba dari Iran sebagai persediaan untuk dibekalkan kepada Hizbullah yang mana ia berdasarkan maklumat perisikan.