Khabar Angin Tentang Haniyeh dan Zahar Tidak Benar.


Rabu, 19/09/07 –

Perdana menteri kerajaan yang sedia ada, Ismail Haneyya, dan Ahli parlimen Dr Mahmoud Zahhar, bekas menteri luar, menunaikan solat bersama-sama di masjid di Gaza, menolak dakwaan media Fatah bahawa terdapat perselisihan faham di antara mereka berdua.

Saluran TV Palestin dan beberapa laman web yang dikaitkan dengan Fatah, yang khusus dalam menyebarkan khabar angin, melaporkan bahawa beberapa hari lepas terdapat pergaduhan dan konflik di antara pentokong Haneyya dan Zahhar. Khabar angin ini menjadi satu kritikan di jalan-jalan di Palestin.

Mengenai perkara ini, Dr Salah Al Bardawil, jurucakap pergerakan kesatuan Hamas bahawa mereka telah memberi amarah satu “konspirasi yang serius” telah disediakan di banyak peringkat untuk memerangi pemimpin Hamas dengan menuduh bahawa PA di Ramallah terlibat dengan konspirasi ini.

Jurucakap tersebut berkata bahawa khabar angin terakhir mengenai pertengkaran ini sebenarnya adalah satu konspirasi dan beliau meuatakan bahawa khabar angin ini bermula selari dengan kempen Israel untuk membunuh sebahagian pemimpin tertinggi Hamas bermakna Haneyya dan Zahhar adalah yang teratas dalam senarai tersebut.