9 rakyat rejim Zionis Israel cedera kesan roket al-Qassam di Esderot.


Gaza, 24/9/2004 (infopalestine) – Sumber Rejim Zionis Israel hari ini mengesahkan laporan bahawa bandar Esderot, di negara Palestin yang dijajah semenjak 1948 (Israel) telah digegarkan dengan serangan dua roket al-Qassam.

Dua roket yang telah dilancarkan oleh briged al-Qassam itu telah menyebabkan kecederaan 9 orang rakyat Rejim Zionis Israel. Sumber itu juga telah melaporkan kecederaan sebahagian yang lain tanpa melaporkan bilangan yang sebenar.

Serangan tersebut telah menafikan tanggapan Sharon bahawa mereka telah berjaya melemahkan penentangan rakyat Palestin sekaligus melumpuhkan gerakan perjuangan Palestin dari pelbagai fraksi dengan siri-siri pembunuhan pimpinan-pimpinan mereka.