Ahli HAMAS syahid(doa) di Syria


Isnin, 27 September 2004-Letupan kereta di Syria semalam telah membunuh ahli HAMAS. Izz al-Din Shaikh Khalil, 42 tahun yang telah dibuang negeri oleh pengganas Israel daripada Jalur Gaza pada tahun 1992, syahid dalam letupan kereta di Damascus, jurucakap HAMAS memberitahu
al-Jazeera semalam.

Wakil al-Jazeera di Damascus melaporkan Khalid meninggalkan rumahnya pada pukul 0800 GMT dan menaiki kereta. Selepas memandu beberapa meter, dia menerima panggilan telefon dan kereta terus meletup yang mengorbankan beliau.
(gambar kanan) Khalil merupakan antara 400 aktivis Palestin yang dibuang negara oleh Israel pada tahun 1992

“Saya sungguh gembira”, reaksi awal Pemangku Menteri Keselamatan
Awam Israel, Gideon Ezra. Rueters melaporkan.

Sabtu lepas, akhbar berbahasa Arab al-Hayat telah melaporkan satu agensi Arab yang dirahsiakan namanya bersetuju memberikan maklumat kepada Israel tentang kegiatan pemimpin HAMAS di luar negara.


(gambar kanan bawah ) Bangkai kereta as-Syahid Khalil