Haneyya : Gaza Akan Dipertahankan.


Isnin, 05/11/07 –Perdana Menteri Palestin yang dilantik secara demokrasi, Ismael Haneyya Ahad lalu berjanji untuk mempertahankan kepentingan-kepentingan utama penduduk Palestin dalam menghadapi komplot Amerika-Israel yang sengaja membiarkan penduduk Palestin dalam keadaan kebuluran terutama di Semenanjung Gaza, dan menekan mereka supaya menyerah kepada penjajah Zionis.

Semasa bercakap dalam satu ucapan selama 90 minit di pusat bandar Gaza, Haneyya menyalahkan Polis Palestin di Ramallah yang berpakat secara sulit dengan rejim Zionis untuk membiarkan mereka dalam kebuluran dan menyeksa penduduk Palestin.

“Mereka (Polis Palestin yang disokong Amerika) berkerjasama dengan Israel di PBB untuk menghalang satu resolusi antarabangsa mengutuk Israel. Perkara ini pertama kali berlaku dalam sejarah. Mereka berkomplot untuk menutup semua laluan sempadan dan mencegah semua bahan mentah daripada memasuki Gaza…sekalipun perkara-perkara berkaitan haji, mereka berkomplot menghalang penduduk daripada melaksanakan ibadat seperti Umrah dan Haji.”

Haneyya menyatakan bahawa penduduk Palestin merupakan sasaran penjenayah dengan sudut serangan yang banyak, dan memberitahu sejak pertengahan Jun, tentera Israel telah membunuh lebih daripada 175 rakyat Palestin di Tebing Barat dan Gaza, termasuk 65 daripada anggota sayap bersenjata Hamas.