Mansi : Beri Laluan Kepada Jemaah Haji Gaza.


Isnin, 05/11/07 –
Dr Yousef Al-Mansi, menteri keagamaan telah mengesahkan akan melakukan yang terbaik bagi memastikan musim haji bagi jemaah Gaza dapat dilaksanakan dengan baik meskipun mendapat pelbagai masalah dari kerajaan pimpinan Fayyad.

Dalam satu pertemuan dengan wartawan, Mansi menyeru kepada kerajaan Saudi agar dapat memberikan kerjasama dengan wakil
mereka di Saudi bagi memberikan pas kemasukan bagi jemaah haji Gaza.

Kementerian turut mengesahkan wakil kementerian telah memproses sebahagian besar dari prosedur berhubung dengan haji tetapi kerajaan Fayyad telah menghantar wakil dan memerintah agar kerajaan Arab Saudi tidak memberikan kerjasama
dengan wakil dari Gaza.

Egypt tidak ada masalah membuka sempada Rafah tetapi ia sedang menunggu persetujuan dari kerajaan Fayyad. Jika ia mendapat persetujuan, maka kerajaan Saudi akan melengkapkan prosuder Haji dan Egypt akan membuka sempadan di Rafah
bagi jemaah Haji Gaza.