
Isnin, 05/11/07 –
Ketua Biro Politik Gerakan Perlawanan Islam Hamas, Khaled Mish’al menegaskan bahawa pertempuran Hamas hanyalah dengan penjajah Israel. Beliau menyeru
agar diadakan dialog nasional Palestin tanpa syarat.
Hal tersebut disampaikan Mish’al melalui telefon, Jumaat (02/11) di Khan Yunis, wilayah selatan Semenanjung Gaza. Mish’al mengatakan, “Kami memahami bahawa keadaan gawat berlakau di Semenanjung Gaza, namun saudara-saudara anda di Tebing Barat tidak kurang penderitaannya. Mereka merasakan penderitaan dari saudara sendiri dan musuh. Para syeikh, ulama dan pemimpin mereka diculik dan diburu, sementara pertubuhan-pertubuhan mereka dihancurkan.”
Mish’al menambah, “Walaupun demikian, pertempuran kita hanyalah dengan penjajah.
Inilah medan kepahlawanan. Adapun perselisihan dalaman – saya berharap semoga Allah melindungi dari keburukkannya serta mendamaikan kita semua dan kembali dalam persatuan.”
Mish’al kembali menegaskan seruan gerakan Hamas untuk melanjutkan dialog dalaman Palestin. Beliau mengatakan bahawa gerakan Hamas membuka pintu untuk melanjutkan dialog nasional Palestin. Namun tegasnya, dalam waktu yang sama Hamas tidak akan
mengemis-ngemis. Beliau menyeru kepada mereka yang berakal dalam gerakan Fatah untuk kembali ke pangkuan bangsa Palestin.