
Selasa, 6/11/07 – Bot pemusnah Rejim Israel telah menembak kedudukan polis marin dan bot-bot nelayan Palestin menyusuri pantai Rafah di selatan Semenanjung Gaza pada subuh Isnin lalu, menurut sumber-sumber tempatan diberitahu wartawan PIC.
Mereka berkata bot pemusnah telah menggunakan mesin gun terhadap kedudukan polis dan mengejar bot-bot nelayan Palestin tetapi tiada kecederaan dilaporkan.
Sumber-sumber berkata anggota-angota Briged Qassam, sayap bersenjata Hamas, telah mengambil bahagian dalam konfrantasi menyerang rejim Zionis beserta dengan beberapa intensif untuk menembak helikopter-helikopter Rejim Israel.
Bot pemusnah Rejim Israel malam semalam juga telah melepaskan tembakan menyusuri pantai Rafah tetapi tiada kecederaan dilaporkan.
Sementara itu, Briged Salahuddin, sayap bersenjata Barisan Pembebasan Palestin, mengisytiharkan yang mereka bertanggungjawab meletupkan bom dalam sebuah jip Rejim Israel dan menembak RPG di timur Kampung Qarara di daerah Khan Younis pada petang Ahad lalu.
Sayap bersenjata berkata pejuang-pejuangnya berjaya menyerang Rejim Israel selama sepuluh minit sebelum pulang semula ke tempat asal dengan selamat.
Di Tebing Barat, askar-askar Rejim Israel menggeledah seluruh bandar pada subuh Isnin lalu dan telah memberkas empat “aktivis-aktivis yang dikehendaki”, menurut radio Yahudi.
Mereka mendakwa sepucuk M-16 telah dijumpai dalam kediaman milik seorang rakyat Palestin yang ditahan di bandar Yatta, selatan kota Al-Khalil.
Siaran radio itu juga berkata askar-askar Rejim Israel telah menahan seorang gadis Palestin berumur 17 tahun di Tel Al-Rumaida di pusat bandar Al-Khalil setelah cuba menikam salah seorang askar.