Pasukan Polis Abbas Bertempur Dengan Pejuang Fatah di Nablus.


Isnin, 12/11/07 –
Polis-polis pihak berkuasa Palestin (PA) yang tidak berdisiplin dan tidak terlatih telah bertempur dengan pejuang-pejuang Fatah di kem pelarian Balata, berhampiran Nablus Isnin lalu. Sekurang-kurangnya sembilan orang kebanyakannya penduduk awam tercedera. Dua dilaporkan serius.


Terdahulu, seramai 300 orang anggota polis ditempatkan di Nablus, Bandar yang paling tidak berundang-undang di Tebing Barat sebagai usaha untuk membentuk semula undang-undang dan peraturan bagi membuktikan kepada Amerika bahawa regim di bawah Ramallah mampu menjangka ‘tanggungjawab keselamatan’ di Tebing Barat. Anggota polis ini mempunyai koordinasi yang sangat baik dengan rejim Israel.

Penduduk kampung, ternyata kecewa dengan keganasan yang dikenakan ke atas Nablus oleh gangster yang menggelarkan diri mereka Briged Syuhada Al-Aqsa. Pada awalnya, penduduk amat mengalu-alukan kedatangan pasukan polis tersebut dengan harapan kehadiran mereka akan dapat membendung gejala tidak berperaturan dan keganasan di Bandar itu.

Namun, pendedahan semalam mengatakan bahawa pegawai polis hanya akan berkerja di dalam Bandar dan sekitarnya untuk beberapa jam sahaja dan tidak melebihi waktu tengah malam. Ini menyebabkan askar-askar Israel bebas beroperasi menyebabkan penduduk Nablus menggelarkan polis PA sebagai alat kepada Israel. Beberapa penduduk Nablus mengatakan bahawa berlaku kerjasama di antara polis tersebut dengan rejim Zionis dengan tujuan untuk menangkap pejuang-pejuang penentang termasuk yang berkaitan dengan Fatah.

Isnin lalu, sebaik sahaja polis-polis itu kembali ke tempat tinggal mereka, sepasukan askar Israel yang besar memasuki Nablus tanpa halangan dan menangkap Sheikh Maher al-Kharaz, pemimpin Islam tempatan. Polis-polis itu turut melancarkan kempen berterusan untuk memerangai keganasan dan vandalisma terhadap penyokong-penyokong Hamas serta institusi di Utara Tebing Barat termasuk membunuh sekurang-kurangnya tiga nyawa. Pada 23 Jun, seorang lelaki bersenjata yang mempunyai hubungan dengan Fatah senembak mati Muhammed Raddad, pelajar Universiti Al-Najah dan ia disaksikan oleh beratus-ratus orang pelajar.