Hentikan Rundingan Dengan Israel.


Isnin, 12/11/07 –
Pergerakan Hamas menyeru Presiden Palestin, Mahmoud Abbas agar segera menghentikan rundingan “sia-sia” dengan kerajaan Israel bagi membantah penculikan askar-askar rejim Zionis terhadap penggubal undang-undang dan tokoh-tokoh terkemuka Palestin di Tebing Barat.

“Kita menggesa Presiden Palestin membawa pendirian yang jelas tentang amalan pencerobohan oleh Israel dan menghentikan rundingan Palestin-Israel demi menunjukkan bantahan terhadap penculikan itu”, tekan Pergerakan Islam itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Selasa lalu dan satu salinan dihantar kepada PIC.

Penggubal undang-undang Palestin, Hatem Kufaisha daripada Pergerakan Hamas di bandar Al-Khalil dan Sheikh Maher Al-Kharraz, seorang tokoh Hamas yang terkemuka di bandar Nablus telah diculik oleh askar-askar rejim Zionis Selasa lalu. Israel menculik lebih daripada 40 orang penggubal undang-undang Hamas pada bulan Jun 2006, dan mereka masih dijadikan tebusan oleh penceroboh Israel.