Categories
Berita Semasa

Penjajah dipercayai penghidap virus Corona menyerbu bandar Kifl Hares

Jumaat, 24-04-2020 – Puluhan penjajah Yahudi Orthodoks yang disyaki dijangkiti virus Corona, hari ni telah menyerbu bandar Kifl Hares di utara kota Salfit di Tebing Barat dan mereka telah melakukan ritual di kawasan kubur bersejarah.

Menurut media Hebrew, virus Corona telah menjangkiti ramai Yahudi yang mengikut mazhab Breslov selepas mereka melawat tapat bersejarah di bandar tersebut pada subuh hari Isnin.

Penjajah tersebut yang datang dari penempatan di Tebing Barat dan tanah yang dijajah pada tahun 1948 telah menyerbu bandar Kifl Hares tanpa sekatan oleh Pasukan Penjajahan Isreal meskipun mereka telah mengenakan sekatan pergerakan kepada rakyat Palestin tempatan sejak bermulanya krisis virus Corona. 

Bandar Kifl Hares terdedah kepada pencerobohan berulang kali atas tujuan kononnya melawat kubur suci. Walau bagaimanapun, pegawai-pegawai Palestin dan aktivis telah memberi amaran bahawa lawatan tersebut adalah bertujuan untuk mengawal kawasan kuno bandar tersebut dan sekaligus menjadikan ia sebagai kawasan Yahudi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi