
Selasa, 4/12/07 – GAZA, (PIC)– Briged Qassam, sayap bersenjata Hamas Isnin lalu mengesahkan salah satu daripada unitnya telah menyerang sebuah kapal penggempur Rejim Israel di pesisir pantai Beit Lahia, utara Gaza, dan melepaskan tembakan RPG terus ke sasarannya.
Sayap bersenjata itu berkata dalam satu wawancara bahawa serangan itu belaku lewat hari Ahad dan kapal penggempur itu dilihat terbakar selepas serangan. Kumpulan itu menambah helikopter-helikopter tentera Rejim Israel telah dilihat mengelilingi kawasan tempat kejadian.
Dalam satu lagi wawancara, Briged Qassam berkata pejuang-pejuangnya telah melepaskan tiga peluru mortar mengenai sekumpulan kenderaan askar Rejim Israel berhampiran Karni, timur Gaza Isnin lalu.
Abu Obaida, jurucakap Briged Qassam telah berkata dalam satu kenyataan akhbar bahawa sayap bersenjatanya telah bersedia menghadapi sebarang pencerobohan Rejim Israel ke Gaza, dan memberi amaran askar-askar Rejim Israel akan berhadapan dengan “tentangan yang kuat dan belum pernah berlaku sebelumnya”.
“Musuh Zionis akan hilang dalam pertempuran dan akan menutup kegagalannya walaupun tiada keseimbangan dalam pertempuran, sebagai tiada perbandingan antara jumlah senjata Zionis dengan senjata kita yang terhad,” kata Abu Obaida dengan menambah, “Musuh perlu berfikir semula sebelum menceroboh Gaza dan bagaimana untuk keluar darinya”.
Dunia mesti menyedari bahawa Hamas dan sayap bersenjatanya akan tidak akan dilemahkan oleh sebarang persidangan atau pengepungan dan menambah jika mereka yang kembali dari Annapolis mempercayai bahawa mereka boleh “mengkesampingkan matlamat kita atau mengembalikan rakan-rakan (Perdana orang Israel Ehud) Olmert ke Gaza, tidak lama lagi mereka akan tahu bahawa mereka hidup dalam satu ilusi yang terlalu luas”.