
Rabu, 16/01/08 –
Ismail Haneyya, pemimpin kerajaan sementara Palestin pada Selasa lalu mengutuk pembunuhan beramai-ramai rejim Zionis di Gaza bermula pada waktu subuh dan mendakwa 17 rakyat Palestin terbunuh dan mencederakan 50 yang lain.
Dalam satu kenyataan akhbar, Perdana Menteri itu menyatakan pembunuhan beramai-ramai itu berlaku tidak lama selepas Presiden AS, George Bush telah menamatkan lawatannya ke Israel dan peristiwa ini adalah yang terbaru dalam siri pembunuhan beramai-ramai penduduk Palestin.
Pembunuhan yang dilakukan Zionis tidak hanya mengganas terhadap rakyat Palestin atau pemimpin-pemimpin mereka sahaja, kata Haneyya ketika mengulas atas kematian Hussam Al-Zahhar, anak lelaki Dr. Mahmoud Al-Zahhar, pemimpin terkemuka Hamas.
Perdana telah melawat mereka yang tercedera hari ini bersama menteri kesihatan Dr. Basem Naim dan berharap mereka pulih dengan cepat. Haneyya turut menderma darah untuk mereka yang cedera.
Dr. Naim turut mengecam pencerobohan terbaru rejim Zionis itu dan memberitahu paramedik Palestin tidak dapat membantu mangsa dengan segera disebabkan oleh rejim Zionis mensasarkan tembakan kepada mereka.