
Rabu, 16/01/08 –Gerakan Hamas mengecam keras serangan yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin yang menyebabkan 17 rakyat Palestin dan puluhan lainnya cedera di kampung Zaitun, timur Semenanjung Gaza pagi Selasa (15/1).
Dr. Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas menyatakan bahawa serangan yang dilakukan Israel tersebut adalah hasil dari kunjungan Bush dan legitimasi yang diberikan kepada penjajah zionis untuk memperluaskan serangannya terhadap rakyat Palestin terutama di Semenanjung Gaza.
Beliau mengatakan, perundingan demi perundingan yang dilakukan Pihak Autoriti Palestin (PA) dan Israel di tengah kejahatan zionis penjajah adalah perundingan sia-sia dan tidak ada faedahnya. Oleh itu, Hamas menilai penerusan rundingan di
tengah kezaliman Israel adalah juga kezaliman yang harus dihentikan.
Gerakan Hamas melihat tindakan Israel itu tidak akan menggentarkan rakyat Palestin dan Hamas. Semua kekuatan perjuangan akan menjaga dan membela rakyat Palestin. Sekatan dan serangan militan serta sokongan Amerika tidak akan menyebabkan pejuang
Palestin mengalah dan melepaskan hak-haknya.