Hamas Dipaksa Memberi Kenyataan ?


Rabu, 06/02/08 – Pergerakan Hamas di Tebing Barat Selasa lalu menuduh anggota keselamatan PA kerana memaksa ahli-ahli pergerakan itu memberi kenyataan mengikut kehendak mereka sambil menegaskan yang pendirian rasmi Hamas hanya dijelaskan melalu pejabat politiknya atau jurucakap rasmi mereka.

Penegasan Hamas itu disampaikan melalui kenyataan yang dikeluarkan dan satu salinan yang telah diberi kepada PIC sebagai respon sidang akhbar yang diadakan oleh sebilangan anggota Hamas di bandar Nablus, Tebing Barat di mana mereka meminta pejuang-pejuang penentang Palestin supaya menyerahkan senjata mereka.

“Pendirian ini [anggotaHamas di bandar tersebut] mencerminkan tekanan, penyeksaan dan penghinaan yang telah dan masih diamalkan oleh anggota keselamatan PA terhadap kader-kader Hamas, pemimpin-pemimpin, dan institusinya [di Tebing Barat]”, kata Hamas.

Ia menambah, walau apa cara sekalipun sidang akhbar itu tidak mencerminkan pendirian rasmi Hamas dan menggambarkannya sebagai satu “langkah bermakna” bagi kepimpinan PA untuk mengugut ahli-ahli pergerakan itu