
Isnin, 11/02/08 –Gerakan Hamas menegaskan komitmennya pada pilihan jihad dan perjuangan menentang penjajahan walaupun hak-hak Palestin sentiasa diketepikan. Termasuk
perlawanan dan jihad itu adalah pengebom berani mati atau ‘aksi syahid’ menyerang sasaran-sasaran Zionis ‘Israel’ di dalam wilayah Palestin terjajah tahun 1948.
Dr. Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas, dalam kenyataan akhbar secara khusus kepada wartawan infopalestina di Gaza menekankan bahawa pengumuman Brigade Izzuddin Al-Qassam (sayap ketenteraan Hamas) bertanggungjawab terhadap peristiwa Dimona merupakan ‘pukulan maut’ kepada dakwaan Zionis ‘Israel’ yang mengatakan
pertahanannya sukar ditembusi para pejuang Palestin melalui sempadan Mesir-Palestin.
Brigade Al-Qassam, secara rasmi telah mengumumkan bertanggungjawab atas tindakan
pengebom berani mati yang berlaku Isnin (4/2) di Dimona, selatan Palestin terjajah tahun 1948. Gerakan ini mengatakan dua orang pengebom berani mati tersebut adalah dari bandar Hebron, selatan Tebing Barat.
Abu Zuhri menegaskan bahawa peristiwa Dimona itu mempertegaskan komitmen Hamas memilih jalan jihad dan perlawanan, termasuk di dalamnya aksi-aksi syahid. “Aksi Dimona ini merupakan balasan lumrah atas semua kejahatan pihak Zionis ‘Israel’ yang berterusan. Sekaligus ia menjelaskan kegagalan konspirasi penjajah Zionis dan pemerintah Amerika untuk mematahkan kekuatan perlawanan jihad,” tambah Abu Zuhri. Pada masa yang sama, pernyataan ini mengisyaratkan bahawa aksi syahid tersebut mempertegaskan komitmen Hamas yang akan menggunakan segala sarana untuk menghadapi
penjajah Zionis ‘Israel’.