
Jumaat , 02-10-2020 – The Shin Bet, perisik dalaman Israel, telah menculik aktivis pro-Aqsa, Aida as-Sidawi dari rumahnya di Kota Lama Baitulmaqdis.
Sidawi mengatakan bahawa pegawai Shin Bet yang dikawal oleh pasukan polis telah menahannya dan membawanya ke pusat soal siasat Qishla setelah menggeledah
rumahnya di kawasan Bab al-Hadid di Kota Lama.
Sidawi telah dipanggil, ditangkap, dibuang dari Masjidil Aqsa dan dilarang melakukan perjalanan beberapa kali sebelum ini kerana kegiatan aktifnya
dalam menyokong Masjidil Aqsa.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nurul