Abbas Punca Gaza Semakin Tertekan.


Rabu, 27/02/08 –
Pergerakan Hamas Selasa lalu dengan tegas menuduh presiden PA Mahmoud Abbas mengagalkan semua usaha Palestin dan Arab bagi memecahkan sekatan ekonomi yang telah mencapai dua tahun di Semenanjung Gaza.

Sekatan telah mengambil tol mereka daripada pesakit-pesakit Palestin kebanyakannya kanak-kanak dan orang tua, dengan bilangan mangsa kini mencecah 100 orang.

Hamas juga menerangkan bahawa desakan Abbas untuk terus melaksanakan perjanjian lintasan yang dipersetujui pada tahun 2005 dan memberi kuasa kepada Israel untuk mengenakan sekatan dan pemusnahan ekonomi di Gaza, disamping ulasan beliau menyambung semula kepungan bagi menghapuskan tentangan penduduk Palestin membuktikan tanpa keraguan yang munasabah bahawa beliau telah menyekat segala usaha-usaha yang dilakukan oleh Hamas dengan kerajaan Mesir untuk membatalkan sekatan itu.