
Khamis, 28/02/08 –Abdul Latif Qanu jurucakap Hamas di utara Gaza telah memberi amaran bahawa tindakan sekatan ke atas Gaza akan membawa kepada ‘letupan’ kemusnahan dimana Israel dan negara lain di sekelilingnya yang berdiam diri akan bertanggungjawab ke atas kemusnahan ini.
Sekatan ke atas Gaza telah melumpuhkan segala aspek kehidupan di Gaza. Tindakan PA mengambil pendirian negatif terhadap sekatan Israel ini mencerminkan mereka sekongkong dengan sekatan ini. Tindakan PA ini menunjukkan mereka berusaha melaksana segal agenda Zionis dan sikap kemanusiaan dan nilai-nilai etika tiada lagi dalam diri mereka.
Qanu memuji sokongan yang ditunjukkan oleh negara-negara Arab, Islam dan lain-lain yang menyertai perarakan Hari Peringatan Sedunia Sekatan atas Gaza dan menyeru lebih banyak demonstrasi dibuat dalam membebaskan Gaza daripada kekejaman Israel.