Saksi Penderaan Barghouthi DiCulik.


Khamis, 28/02/08 –
Pasukan gerak am Abbas Selasa lalu telah menculik seorang jururawat lelaki yang bekerja di Hospital Khaled di Ramallah yang menuduhnya mengambil gambar kesan penderaan pada badan Sheikh Majd al-Barghouthi yang diseksa sehingga mati oleh kumpulan tersebut.

Sumber tertentu telah memberitahu wartawan PIC pasukan gerak am PA itu menceroboh hospital dan menculik Najeh Asi dan menyerang pekerja hospital, dan menambah maklumat itu bocor daripada penjara gerak am PA yang mengesahkan Asi sedang mengalami penyeksaan lebih kejam daripada penyeksaan yang dikenakan terhadap Sheikh Barghouthi.

Sumber itu merayu kepada puak-puak Palestin, mana-mana kuasa dan pertubuhan-pertubuhan hak manusia untuk segera campurtangan bagi menyelamatkan nyawanya.