
Selasa, 4/03/08 – GAZA, (PIC)– Kerajaan Israel dilaporkan sedang memikirkan cara yang sah bagi mensasarkan kawasan berpenghuni di Semenanjung Gaza yang jika berlaku, akan mengenakan penderitaan yang berat terhadap penduduk awam Palestin.
Setakat ini, Israel telah membunuh lebih daripada 116 orang warganegara Palestin, sekurang-kurangnya 39 daripada mereka adalah kanak-kanak dan bayi, manakala beratus-beratus yang lain cedera sejak memulakan serangan udara yang membawa maut di Semenanjung Gaza pada Rabu lalu.
Menurut TV Israel, menteri pertahana Israel, Ehud Barak telah membincangkan cara rasmi untuk membedil dengan hebat kawasan berpenghuni di Semenajung Gaza sambil menuduh pejuang-pejuang penentang Palestin telah menggunakan kawasan tersebut sebagai tapak pelancar roket-roket buatan sendiri terhadap kawasan Israel bersebelahan dengan Gaza. Hamas telah menyangkal tuduhan Israel itu.
Sementara itu, timbalan perdana orang Israel Haim Ramon yang dituduh melakukan gangguan seks terhadap salah seorang kakitangan wanitanya memberi pendapat yang sasaran kawasan-kawasan yang dihuni penduduk Palestin telah dilibatkan dalam rangka hak Israel untuk “mempertahankan diri” yang didakwa selari dengan undang-undang dan konvensyen antarabangsa.
Menurut Ramon, pembedilan kawasan-kawasan berpenghuni di Semenanjung Gaza akan menggalakkan penduduk Palestin di Gaza untuk menghalang pejuang-pejuang penentang Palestin daripada menggunakan kawasan terbabit.