Dokumen Rahsia Bukti Rancangan Amerika Kobarkan Perang Saudara.


Rabu, 5/03/08 –
Sebuah Majalah di Amerika Syarikat, Vanity Fair menyiarkan dokumen rahsia Amerika yang mengandungi rancangan Amerika menggulingkan pemerintah Hamas
melalui pilihanraya umum yang akan dipercepatkan dan perang saudara.

Rancangan ini sudah disetujui Presiden Amerika, George Bush dan akan direalisasikan oleh Setiausaha Negara, Condoleezza Rice dan penasihat keamanannya. Rancangan tersebut bertujuan menimbulkan perang saudara di Palestin setelah kekalahan Gerakan Fatah pada pilihanraya umum 2006 lalu.

Dokumen ini disebarkan oleh seorang wartawan, David Raze yang disokong dengan bukti-bukti kukuh, berdasarkan pengakuan para pegawai militan Gerakan Fatah di Gaza, Muhammad Dahlan, orang rapat Amerika dan Zionis.

Menurut dokumen ini, pasukan Dahlan perlu dilengkapi dengan persenjataan moden agar
dapat melakukan kudeta terhadap pemerintahan Hamas.