
Rabu, 5/03/08 –
Ketua Pemberontak di dalam Fatah Mohammed Dahlan telah menyeru para pejuang Fatah di Gaza agar tidak terlibat atau membantu Hamas dalam pertempuran dengan tentera Israel.
Nasihat Dahlan itu telah dibongkar oleh salah seorang pejuang Fatah yang tidak bersetuju dengan beliau dan diterbitkan dalam sebuah akhbar mingguan Jordan, Al-Sabeel semalam.
Surat tersebut dihantar kepada ketua-ketua pejuang Fatah di Gaza dan diarahkan merahsiakan nasihat ini.
Tentera Israel telah membunuh lebih 120 orang semenjak akhir ini dan lebih 350 orang cedera tanpa mengenal belas kasihan.
“Jangan biarkan diri anda dikuasai perasaan belas kasihan untuk membantu dalam perjuangan ini kerana ini bukan perjuangan rakyat Palestin tetapi Hamas. Biarkan Hamas dalam dilema di Gaza dan jangan sekali-kali membantu perjuangan mereka”, kata beliau dalam surat rahsianya.
Surat ini dijangka akan menyebabkan ketegangan dan kemarahan di kalangan para pejuang berpengalaman Fatah dan yang juga tidak sehaluan dengan Dahlan dengan menyifatkan surat tersebut adalah memalukan.