Banduan Hamas di pindah ke Nafha.


Rabu, 5/03/08 –
Majlis Tertinggi Banduan Hamas menyelar rejim Zionis kerana memindahkan banduan Hamas, Ruhi Mushtaha dan Yahya Al-Senwar dari penjara Hadarim ke penjara padang pasir Nafha dalam konteks hukuman yang dijalankan ke atas mereka tanpa justifikasi.

Anggota majlis menyifatkan tindakan Israel itu sebagai tidak adil lebih-lebih lagi kerana banduan yang dipindahkan itu adalah daripada kalangan mereka.

(Banduan)Senwar diculik 20 tahun lalu dan kini menjalani hukuman penjara selama 54 tahun, manakala Mushtaha yang juga diculik 20 tahun lalu menerima hukuman penjara seumur hidup.