Olmert : Hentikan Serangan Roket Terhadap Israel.


Khamis, 6/03/08 –
Setelah gagal menghentikan serangan roket-roket buatan sendiri berikutan kekejaman berterusan tentera Israel, Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert mengumumkan petang Rabu lalu yang rejim Zionis tidak akan menyerang Gaza sekiranya kumpulan penentang dari Palestin berhenti melancarkan roket-roket buatan sendiri ke wilayah Israel.

“Jika tiada serangan Qassam terhadap Israel, maka tiada serangan Israel ke atas Gaza” menurut Olmert dalam buletin petang radio Israel. Olmert mendakwa matlamat utama kempen rejim Zionis adalah untuk mengelakkan serangan terhadap penduduk-penduduk Israel.

Olmert berubah hati dan ia semakin digalakkan berikutan tentera penceroboh telah gagal dalam misinya menghentikan roket-roket Palestin daripada jatuh ke wilayah penempatan Israel walaupun kempen dahsyat lima harinya itu mengakibatkan kematian lebih daripada 120 rakyat Palestin yang separuh daripadanya orang awam dan 25 daripada mereka adalah di bawah umur.