HAMAS berikrar akan menuntut bela diatas pembunuhan kanak-kanak Palestin.


Khamis, 6/03/08 –
Pergerakan HAMAS berikrar untuk membalas dendam diatas pembunuhan beramai-ramai oleh tentera rejim Zionis di Semenanjung Gaza, terutamanya pembunuhan kanak-kanak yang tidak berdosa. Kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Pergerakan itu di Khan Younis, selatan Gaza, mengatakan “entity Nazi” tersebut akan membayar harga yang cukup mahal kerana membunuh kanak-kanak Palestin dan akan menyesali diatas perbuatan dimana tertumpahnya darah mereka yang tidak berdosa ini.


Ia menyatakan pihak penceroboh Israel tidak peduli berkenaan undang-undang antarabangsa yang menggariskan jaminan keselamatan kepada kanak-kanak dan orang awam semasa tindakan ketenteraan. Pihak HAMAS menegaskan pencerobohan Israel diransangkan lagi oleh pihak Arab, negara-negara Islam dan antarabangsa yang membisu keatas jenayah yang dilakukan. Pergerakan itu akhirnya menyimpulkan pihak rejim Zionis dan mereka yang diam membisu bertanggungjawab sepenuhnya diatas jenayah yang dilakukan ini.