
Khamis, 6/03/08 –
Ezzat Al-Resheq, ahli biro politik Hamas menggesa satu siasatan antarabangsa dibuka bagi menyiasat dakwaaan pentadbiran Amerika mendalangi konspirasi perang saudara di Palestin yang ditunjangi oleh pemberontak Fatah Mohamed Dahlan yang menyebabkan ramai rakyat Palestin terkorban.
Sekiranya Hamas tidak berjaya mengawal perang itu maka lebih banyak mangsa akan terkorban dan Presiden Mahmoud Abbas sedar akan konspirasi ini.
Pendedahan terbaru majalah Vanity Fair mengatakan mereka mempunyai dokumen rahsia daripada sumber yang dipercayai membongkar konspirasi tersebut yang dipersetujui oleh Presiden Bush dengan memperkasakan kekuatan pemberontak Fatah Mohamed Dahlan melalui bantuan kewangan dan senjata.
Beliau berkata laporan Vanity Fair itu adalah tidak menghairankan tetapi mengesahkan laporan Hamas kepada masyarakat antarabangsa mengenai konspirasi ini sejak dulu lagi dimana rancangan dilaksanakan oleh Penyelia Keselamatan Amerika, Jeneral Keith Dayton.