
Rabu, 12/03/08 – Pergerakan Jihad Islam Selasa lalu menyangkal tuduhan Presiden PA, Mahmoud Abbas bahawa puak-puak penentang Palestin berbincang dengan Mesir mengenai isu gencatan senjata termasuk perlindungan pemimpin-pemimpin Jihad Islam dan Hamas serta menghentikan untuk menjadikan mereka sebagai sasaran sebagai pertukaran untuk mengakhiri gencatan senjata dengan Israel.
Dalam satu kenyataan akhbar yang diterima PIC, pergerakan itu menyatakan darah pemimpin-pemimpinnya bukan untuk disayangi berbanding setiap pejuang penentang Palestin.
Pergerakan itu menekankan keperluan untuk bersatu sambil meminta Abbas untuk kembali ke dialog kebangsaan dan perdamaian bagi menamatkan perselisihan dalaman yang memusnahkan asas Palestin.
Hamas juga mengecam Abbas dengan sekeras-kerasnya kerana membuat tuduhan tersebut dan meminta beliau untuk berhenti menggunakan tuntutan palsu seumpama itu dalam cubaan terdesak untuk mencemarkan imejnya.