
Isnin, 17/03/08 – Beribu-beribu anak-anak yatim Palestin Selasa lalu (11/3/2008) telah berhimpun di jalan-jalan selatan Tebing Barat bagi membantah serangan terbaru oleh tentera Israel terhadap rumah anak-anak yatim dan sekolah berasrama.
Beratus-beratus pasukan Israel dengan dilindungi oleh kenderaan tentera telah menyerbu Persatuan Kebajikan Islam di pusat bandar Hebron awal minggu ini memusnahkan bangunan dan merampas bahan-bahan makanan, pakaian, kasut-kasut dan perabot bernilai beratus ribu dolar yang didermakan oleh para penderma tempatan dan luar negara untuk kebajikan anak-anak yatim.
Persatuan kebajikan terbesar di Palestin itu telah menjaga dua rumah anak yatim dan beberapa sekolah berasrama yang menyara 7000 kanak-kanak yang telah hilang satu atau kedua-dua ibu bapa.
“Israel melayan kami seperti cara Nazi Jerman melayan Yahudi” yang ditulis pada salah satu sepanduk ketika dibawa oleh penunjuk perasaan. “Israel mewakili Nazi di zaman kami,†menurut satu lagi sepanduk. Satu sepanduk lain menulis “Kami akan menang.â€