Israel Cemas Kekuatan Hamas di Tebing Barat Meningkat.


Isnin, 17/03/08 –
Sumber-sumber keamanan peringkat tertinggi Israel menyatakan rasa cemas atas kemungkinan pejuang Palestin, khususnya sayap ketenteraan gerakan Hamas melancarkan serangan dahsyat pada minggu-minggu mendatang terhadap sasaran-sasaran
Israel.

Hamas diyakini sedang berusaha dengan seluruh kekuatan untuk memperkukuhkan kedudukannya di seluruh wilayah Tebing Barat walaupun berlaku operasi penangkapan terus menerus terhadap para pendukung dan pejuang Hamas oleh pihak militan Israel dan pihak keselamatan Autoriti Palestin. Sumber-sumber keamanan Israel mengingatkan
bahawa pada tahun lalu penyeludupan senjata ke Tebing Barat berlaku peningkatan
sebanyak 115% .

“Hamas berada di seluruh penjuru Tebing Barat. Mereka bukan sahaja berada di kota Hebron, sebagaimana dinyakini sebahagian pihak. Hamas berusaha melakukan aksi-aksi ketenteraan terhadap militan Israel sepanjang waktu. Namun mereka memfokuskan pada gempuran bahagian hadapan di entiti Israel,” ungkap sumber keamanan Israel, Ahad
(16/03).