Israel Dibidas Kaherah Atas Kegagalan Gencatan Senjata Dengan Palestin.


Isnin, 17/03/08 – Pegawai atasan Mesir membidas Israel bertanggungjawab atas kegagalan untuk mencapai gencatan senjata dengan Palestin dan menuduh kerajan Israel sebuah kerajaan yang lemah, tidak stabil dan mudah dipengaruhi dengan pendapat awam.

Tentera Israel telah membunuh Mohamed Shehadeh, salah seorang pemimpin Jihad Islam terkenal, serta 3 pejuang yang lain beberapa hari yang lalu. Pegawai Mesir itu berkata pihak Mesir masih berusaha untuk membantu mencapai gencatan senjata kepada kedua-dua pihak untuk mengelak lebih banyak perkara buruk tetapi Israel hanya mahu melakukan gencatan senjata dengan pejuang Palestin di Gaza sahaja.

Manakala Dr. Mahmoud Al-Zahhar,salah seorang pemimpin Hamas terkenal, menegaskan bahawa mereka menolak mana-mana gencatan senjata dengan pihak Israel selagi mana gencatan tersebut tidak meliputi semua kawasan Palestin iaitu Gaza, Tebing Barat dan Jerusalem yang dijajah.