Jerman dan Israel Bersekongkol ?


Isnin, 17/03/08 –Canselor Jerman, Angela Merkel tiba di Israel Ahad lalu dalam rangka lawatan selama tiga hari dimana beliau dijangka menyatakan “solidariti” Jerman dan “hubungan istimewa” dengan negara Zionis itu.

Dalam siaran video mingguannya minggu lalu, Merkel berkata beliau telah merancang untuk menekankan penglibatan luas Jerman untuk “mempertahankan” Israel semasa berada di Knesset atau parlimen Israel Selasa lalu.

Sebenarnya, saya agak tidak yakin Israel yang memiliki lebih daripada 300 butir bom nuklear dan ‘warheads’ dengan sistem penghantaran mereka dan juga mempunyai kawalan ketat terhadap politik dan dasar sekutunya Amerika Syarikat, memerlukan satu kuasa luar untuk mempertahankannya daripada mana-mana penyerang sebenar ataupun bayangan.

Oleh itu, kenyataan Merkel hanya ditafsirkan sebagai satu lagi ungkapan murahan daripada kepatuhan memalukan Jerman terhadap Zionism.