
Selasa, 13/05/2008 –Gerakan Hamas pada hari Isnin menyesal tindakan Menteri-menteri Luar Arab yang bersidang di Kaherah yang mengabaikan isu Gaza yang sedang mengalami krisis kemanusiaan akibat sekatan Israel.
Dr. Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas, berkata tindakan tersebut merupakan tindakan menguburkan Gaza hidup-hidup dan sekaligus tidak mengendahkan keperitan rakyat Gaza. Mereka juga telah membantu Israel dalam meneruskan agenda kezaliman mereka terhadap rakyat Palestin di Gaza. “Kami telah berjumpa dengan Menteri-menteri Luar Arab dengan pahit dan perit semasa perjumpaan mereka”, tambah Abu zuhri.
Persidangan Menteri-menteri Luar Arab itu adalah untuk membincangkan krisis di Lubnan dan Sudan.