Aziz Dwaik : Hak Utk Kembali ke Palestin Tidak Berhak Diganggu.

Selasa, 13/05/2008 –Pemimpin Politik Kanan Hamas dan Speaker Badan Perundangan PA yang ditahan, MP Dr. Aziz Dwaik pada Isnin lalu menggambarkan hak pelarian penduduk Palestin untuk kembali sebagai “batu yang keras” yang merupakan impian Israel akan dipecahkan.

Dalam hal ini, Dwaik menyatakan dengan jelas bahawa tidak ada sesiapa pun berhak untuk mengganggu hak untuk kembali (RoR) yang merupakan hak suci 6 juta rakyat Palestin yang hidup di kem-kem pelarian dalam Palestin yang diduduki dan di diaspora sambil menyatakan resolusi sekatan PBB mengenai hak tersebut.

Dwaik menyatakannya dalam satu temubual dengan pejabat informasi MP Sameera Al-Halaika melalui peguambelanya, dan PIC memperolehi satu salinan daripadanya.

Beliau juga menggesa penduduk Palestin untuk menjadikan tarikh 15 Mei sebagai hari perdamaian dan perpaduan nasional dan pada masa yang sama, pentingnya merancang satu agenda nasional yang komprehensif untuk menghidupkan semula ulang tahun ke-60 Nakba Palestin (malapetaka).