Isnin, 04/08/2008 –Hamas menyatakan bahawa sebahagian ahli kabilah Hilles yang dikehendaki, melarikan diri ke sempadan Israel membuktikan penglibatan mereka dalam peristiwa penyembelihan pantai Gaza dan hubungan jenayah mereka dengan rejim Israel.
Dalam kenyataan eksklusifnya kepada PIC, Dr Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas, menegaskan bahawa penjenayah itu telah menggunakan beberapa jenis senjata, termasuk mesingan berat, mortar dan roket, yang membuktikan bahawa ia adalah senjata yang digunakan untuk menggoncang kestabilan keselamatan di Gaza.
Dr Abu Zuhri secara mutlak menafikan laporan bahawa ketua kabilah yang berhubung rapat dengan Fatah, Ahmad Hilles, tercedera semasa pertelingkahan yang berlaku di kawasan Shujaiyeh.
Jurucakap itu menangkis dakwaan pemimpin Fatah, Hussein Al-Syeikh, yang cuba untuk menghalalkan tindakan menembak pelarian oleh rejim Israel, sambil mengatakan bahawa tuduhan itu bertentangan dengan ucapan anak Ahmad Hilles kepada stesen tv Al-Jazeera yang bapanya ditembak oleh tentera Israel.