Isnin, 04/08/2008 –Rejim Israel telah melanjutkan tahanan pentadbiran tanpa sebarang dakwaan di mahkamah ke atas Ibrahim Madi, pengarah pejabat Pusat Informasi Palestin (PIC) di Salfit, buat kali keenam.
Mahkamah rejim Israel di penjara Negev telah memperbaharui tempoh tahanan Madi untuk 4 bulan lagi tanpa sebarang alasan.
Keluarga tahanan mengecam tindakan mahkamah, dan meminta pembebasan segera kerana tiada dakwaan yang dikenakan ke atas beliau.
Madi pernah dipenjarakan selama 13 tahun dalam tahanan rejim dan telah diculik pada Jun 2006 dan ditahan di bawah perintah tahanan pentadbiran sejak itu.