Categories
Berita Semasa

Hamas menyeru pelarian Gaza supaya kembali.

Isnin, 04/08/2008 –Pertubuahan Hamas pada hari Ahad lepas menyeru sekumpulan pelarian yang telah memasuki Israel supaya kembali ke semenanjung Gaza, disamping meyakinkan orang ramai bahawa pihak polis akan melepaskan semua suspek yang tidak terlibat dengan kegiatan menggugat keselamatan semenanjung itu.

“Gaza ialah kampung halaman mereka dan mereka tidak sepatut meninggalkannya”, kata Dr. Sami Abu Zuhri di dalam sebuah kenyataan yang diterima oleh PIC.

Kenyataan itu juga menunjukkan bahawa pihak berkuasa Israel telah menghantar kembali berdozen pelarian-pelarian Gaza, dan pihak polis Palestin telah menerima mereka kembali dan melayan mereka dengan baik.