Categories
Berita Semasa

Pasukan tentera Israel mara ke pekan Khuza’a di selatan Gaza.

Jumaat, 15/08/2008 –Sejumlah besar pasukan tentera Israel dengan kekuatan kenderaan bersenjata dan jentolak, pagi Khamis yang lalu telah mara ke pekan Khuza’a di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, bagi kali kedua sejak gencatan senjata kira-kira dua bulan lalu.

Saksi rakyat Palestin melaporkan bahawa sejumlah kereta kebal Israel dan jentolak telah mara ke kedudukan kira-kira 100 meter di timur bandar tersebut, sambil menambah bahawa para petani Palestin terpaksan meninggalkan ladang mereka kerana bimbang ditembak oleh tentera rejim Israel.

Dalam laporan yang diterima PIC, Briged Al-Quds, sayap tentera Pergerakan Jihad Islami, mengatakan bahawa pemantauan mereka mendapati bahawa terdapat 10 kali Israel mencabul gencatan senjata sepanjang minggu kelapan gencatan tersebut yang kebanyakannya mensasarkan nelayan Palestin.