Jumaat, 22/08/2008 –Pergerakan Hamas menggesa, Khamis lalu, agar pemimpin Saudi dan Mesir dapat berusaha agar dapat memberhentikan kepungan zalim ekonomi oleh Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan kadar yang segera dan segera memulakan dialog kebangsaan dalam Palestin.
Raja monarki Saudi, Raja Abdullah bin Abdul Aziz, dijadualkan untuk melawat bandar pesisiran pantai Iskandariah pada Jumaat lalu untuk bertemu dengan presiden Husni Mubarak bagi membincangkan beberapa isu, terutamanya isu Palestin dan usaha-usaha yang dapat dilakukan bagi menghentikan perpecahan dalaman Palestin, sumber Mesir di Kaherah mengesahkan.
Dr Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas di Semenanjung Gaza telah menggesa dua orang pemimpin Arab itu untuk menekan Presiden kerajaan Palestin Mahmoud Abbas agar menerima seruan Hamas bagi dialog kebangsaan dan untuk membentuk kesatuan Arab bagi menaungi dialog itu dan menetapkan tarikh yang tertentu bagi permulaan dialog.