Categories
Berita Semasa

Penyokong kuat Abbas dera lelaki tua Nablus.

Jumaat, 22/08/2008 –Seorang lelaki tua dari Nablus, kini sedang dalam saat kritikal untuk hidup di sebuah hospital tempatan selepas melalui pengalaman didera secara fizikal dan psikologi oleh pegawai penyiasat kerajaan Palestin yang dilatih oleh CIA.

Lelaki itu, Hajji Marwan K. Al-Khalili, menghadapi strok Khamis lalu ketika sesi penderaan di ibupejabat Sekuriti Pencegahan di Nablus.

Menurut keluarganya, penderaan yang dialami termasuklah pukulan teruk, menggunakan hos plastik, kejutan elektrik, diserkup kepala, digoncang dan dihalang daripada tidur.

Al-Khalili, 67, telah diculik oleh pegawai sekuriti kerajaan Palestin di sempadan Allenby pada 5 Ogos lalu ketika beliau pulang dari Saudi Arabia mengerjakan Umra di Makkah dan Madina.

Doktor yang merawatnya memberitahu wartawan (nama dirahsiakan) bahawa Al-Khalili menghadapi pendarahan otak dan usaha-usaha sedang dilakukan untuk menyelamatkan nyawanya.