Categories
Berita Semasa

Agensi PBB lapor keadaan bom kluster di selatan Lubnan.

Jumaat, 22/08/2008 –Agensi PBB yang bertanggungjawab menghapuskan periuk api di selatan Lubnan pada Khamis lalu menyatakan bahawa mereka telah menyelesaikan separuh daripada gugusan bom yang dijatuhkan oleh tentera udara Israel di selatan Lubnan dua tahun lalu.

Laporan Pusat Tindakan Koordinasi Periuk Api PBB di Selatan Lubnan, yang diterbitkan pada Khamis lalu, menyatakan bahawa kawasan seluas 40 kilometer persegi dipenuhi dengan ratusan ribu buah gugusan bom yang tidak meletup, yang setakat ini telah membunuh seramai 20 orang dan melumpuhkan 194 yang lain.

Seluruh kampung tersebut dipenuhi dengan gugusan bom tidak meletup berdasarkan laporan itu, membuatkan nyawa penduduk kampung terancam dan mempengaruhi kegiatan ekonomi mereka kerana sebahagian besar di kalangan mereka bergantung kepada pertanian untuk hidup, dan ladang-ladang mereka ‘ditumbuhi’ bom yang mengakibatkan kerugian yang besar.

Dua tahun lalu, Israel melancarkan perang 34 hari ke atas Lubnan sebagai tindakbalas kepada Hizbullah yang menangkap 2 orang tenteranya. Dalam masa 72 jam selepas perang bermula, tentera udara Israel telah menjatuhkan sebanyak 4 juta gugusan bom ke atas selatan Lubnan, 500,000 daripadanya gagal meletup dan kini membahayakan nyawa penduduk tempatan.