Bardawel: Pernyataan Azzam Tersirat Niat Gagalkan Dialog di Mesir .

Jumaat, 17/10/2008 –Gerakan Hamas menegaskan bahawa dialog dengan Fatah melalui Mesir sebagai mediator cuba digagalkan oleh beberapa pihak Fatah. Hamas melihat bahawa pernyataan ketua fraksi Fatah di parlimen Palestin, Azzam Ahmad mencerminkan adanya niat mereka untuk menggagalkan dialog yang kini sedang berlangsung.

Jurucakap Hamas, Dr. Shalah Bardawel menafikan bahawa gerakan Hamas meminta dialog dua pihak dengan Fatah. “Kami tidak pernah meminta kepada Fatah untuk melakukan dialog dua pihak. Ini kerana proses dialog nasional Palestin antara Fatah dan Hamas berjalan dengan Mesir sebagai orang tengah.” menurut Bardawel. Fraksi-fraksi Palestin sudah berbincang bersama Hamas dan Fatah di Mesir sebelum ini dan masing-masing sudah menyampaikan pendirian mereka.