Hamas Beri Amaran kepada Penjajah di Tebing Barat.

Jumaat, 17/10/2008 –Gerakan Pejuang Islam, Hamas mengingatkan penjajah Israel daripada meneruskan aksi permusuhannya di Tebing Barat. Hamas memberi amaran bahawa tindakan kejam yang dilakukan itu tidak akan dibiarkan begitu sahaja tanpa tindakan balas.Hamas menganggap aksi pemusuhan ini sebagai kesan daripada kesepakatan keamanan antara penjajah dengan pihak autoriti Ramallah.

Dalam jangka waktu kurang dari 48 jam pasukan penjajah Zionis Israel telah membunuh 3 warga Palestin di Tebing Barat, antaranya adalah seorang remaja berusia 17 tahun. Tindakan ini adalah yang paling dahsyat sejak beberapa bulan terakhir.

Pemimpin gerakan Hamas Dr. Ismail Ridwan menyatakan, “Aksi di Tebing Barat ini merupakan lanjutan dari usaha untuk menghukum pejuang dan menghapuskan semua tanda-tanda pejuangan di Tebing Barat. Ini juga merupakan sebahagian dari koordinasi dan kerjasama keamanan dengan Zionis Israel. Oleh itu ia adalah hasil langsung dari kerjasama keamanan antara autoriti Ramallah dengan penjajah.”