Categories
Berita Semasa

Nyawa Datuk Bandar Jenin Terancam di Penjara Israel.

Jumaat, 24/10/2008 –Institut Mandela meggesa semua pertubuhan hak asasi manusia menekan Pihak Penjara Israel agar membenarkan pemeriksaan kesihatan untuk Dr. Hatem Jarrar yang sedang kini mengalami masalah kesihatan yang semakin teruk termasuk sakit belakang, kencing manis serta darah tinggi.

Pihak Penjara Israel sebelum ini menolak semua usaha untuk membolehkan beliau mendapat pemeriksaan kesihatan dan mengabaikan segala permohonan seperti mana nasib yang sama menimpa semua banduan Palestin yang lain.

Buthania Dakmak, seorang peguam yang bekerja untuk institut itu berkata semua undang-undang di dunia ini membenarkan tahanan penjara mendapatkan rawatan tetapi kebiadapan pihak penjara Israel mengenai hal ini menyebabkan banyak nyawa tahanan Palestin terancam teruk.

Beliau memanggil sebuah kempen untuk menengahkan isu ini secara meluas termasuk peringkat antarabangsa dan menekan dengan kuat pihak penjara Israel untuk menjalankan tanggungjawab yang sebenar terhadap tahanan Palestin.