Categories
Berita Semasa

254 Telah Mati Akibat Kepungan di Gaza.

Jumaat, 24/10/2008 –Sumber perubatan Palestin telah melaporkan bahawa mangsa pengepungan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 254 orang selepas kematian pesakit yang berumur 34 tahun bernama Rizq Khweiter.

Sumber tersebut berkata Khweiter menderita penyakit aortic aneurisme dan telah menghabiskan masa selama 36 jam di hospital menanti kebenaran Israel meninggalkan Gaza untuk rawatan perubatan.

Kementerian Kesihatan Palestin merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk memaksa Israel membuka lintasan dan membenarkan pesakit-pesakit menerima rawatan perubatan di luar sambil menyatakan penduduk Gaza kini terdedah dengan penghapusan etnik di bawah pengepungan Israel.